KPS 3014 FOLIO Tugasan Bertajuk : Pengurusan Sumber(Pembentukan Pusat Sumber)
Pengurusan Sumber 1. PENDAHULUAN Seperti yang kita ketahui di setiap sekolah tidak kiralah di sekolah rendah mahupun sekolah menengah sudah tentulah mempunyai satu ruang yang dikenali sebagai pusat sumber. Pusat sumber tidaklah sekadar sebuah tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa malah ia juga merupakan suatu perkhidmatan yang ditawarkan bagi membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Pusat sumber juga menyediakan koleksi bahan yang lengkap dan sentiasa dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Selain itu, pusat sumber adalah satu agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Tujuan pusat sumber ditubuhkan adalah untuk memastikan kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah dapat ditingkatkan dan dikekalkan. Selain itu, ianya memudahkan para pelajar untuk mencari bahan rujukan sekiranya kurang memahami apa yang diajar sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas. Di ...